Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didenda kerana tipu LTA; palang besi dikimpal pada treler untuk lulus pemeriksaan berat

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didenda kerana tipu LTA; palang besi dikimpal pada treler untuk lulus pemeriksaan berat

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Dua bekas pemandu lori mengimpal palang besi pada treler syarikat mereka supaya ia cukup berat untuk layak digunakan di jalan raya.

Tipu muslihat mereka terbongkar dengan kedua-dua lelaki itu didenda pada Selasa (22 Mac) kerana berpakat untuk memperdayakan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Mereka berbuat demikian supaya LTA percaya treler yang dibawa oleh kedua-dua lelaki itu untuk diperiksa berada dalam julat berat yang ditetapkan, dedah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataannya.

Kedua-dua lelaki itu, yang telah diambil bekerja sebagai pemandu oleh pengilang treler Sin Trans Engineering, memperdayakan LTA sebanyak 21 kali antara Oktober 2010 dengan April 2012.

Ini dilakukan supaya LTA percaya treler Sin Trans Engineering seolah-olah mematuhi lukisan teknikal yang diluluskan.

Loh Yeok Lum, 67 tahun, didenda S$17,500, manakala Chua Cheng Kang, 65 tahun, didenda S$15,750 atas tipu muslihat mereka itu.

Dalam kenyataannya, CPIB menyatakan semua treler yang baru dihasilkan perlu lulus pemeriksaan pendaftaran sebelum ia dibenarkan di jalan raya.

Ini bagi memastikan berat kenderaan tanpa muatannya boleh diterima seperti yang dinyatakan dalam lukisan teknikal yang diluluskan.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan