2 lelaki didakwa tipu MND sekitar S$260,000 bagi kerja-kerja kontrak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock/TiagoBaiao)
SINGAPURA: Dua lelaki didakwa di mahkamah pada Khamis (6 Jul) kerana menipu Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk membayar sekitar S$260,000 bagi kerja-kerja kontrak yang dilakukan di bangunan kementerian itu.
Suspek, Tan Kia Lim dan Choo Chiang Wei, dituduh terlibat dalam konspirasi jenayah menipu kementerian, menurut polis dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tan, 66 tahun, adalah pengarah kontraktor yang dilantik MND pada waktu itu untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan mekanikal dan elektrik.
Choo, 48 tahun, adalah pengarah subkontraktor, yang ditugaskan oleh firma Tan, untuk kerja-kerja yang dijalankan di bangunan MND.
Menurut dokumen-dokumen mahkamah, Tan bekerja di Kim Yew Electrical & Sanitary, yang kemudiannya dikenali sebagai Sodexo Kim Yew. Choo bekerja di Trees Trading & Engineering.
"Kedua-dua mereka dituduh terlibat dalam konspirasi jenayah untuk menipu MND, dengan menyembunyikan daripada MND bahawa kontraktor itu mempunyai perjanjian diskaun dengan subkontraktor, berkenaan dengan kerja-kerja tertentu yang dijalankan untuk MND," menurut polis.
MND didakwa ditipu untuk membayar kira-kira S$260,000 kepada firma Tan bagik kerja-kerja yang dilakukan antara 2016 dengan2018, tambahnya.
Kementerian itu juga didakwa "tidak mengetahui bahawa kontraktor pada waktu itu sudah membayar harga diskaun kepada subkontraktor".
Tempoh kontrak memerlukan penetapan sebut harga yang tertentu daripada subkontraktor, yang diberikan kepada kementerian, yang tidak termasuk diskaun, kata polis.
"Bertentangan dengan syarat ini, susunan diskaun disembunyikan secara tidak jujur daripada MND."
Choo juga didakwa bersubahat dengan kakitangannya untuk memalsukan 67 penetapan sebut harga atas nama subkontraktor lain, dengan niat supaya sebut harga palsu itu digunakan bagi tujuan menipu kementerian.
Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda. Jika didapati bersalah memalsukan (dokumen) bagi tujuan menipu, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.