Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didakwa selepas 500 karton rokok seludup dirampas di Eunos

Dua lelaki didakwa pada Selasa (25 Jan) selepas 500 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam sebuah bangunan perindustrian Eunos semasa satu serbuan dilancarkan oleh Kastam Singapura sepanjang hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa selepas 500 karton rokok seludup dirampas di Eunos

Beg-beg kanvas berisi rokok seludup ditemui di unit perindustrian di Eunos. (Gambar: Kastam Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki didakwa pada Selasa (25 Jan) selepas 500 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam sebuah bangunan perindustrian Eunos semasa satu serbuan dilancarkan oleh Kastam Singapura sepanjang hujung minggu lalu.

Para pegawai Kastam Singapura yang mengawasi bangunan perindustrian itu pada Ahad terlihat dua lelaki memasuki sebuah unit, menurut agensi itu pada Rabu (26 Jan).

Berikutan itu, para pegawai polis mendedahkan identiti mereka, menyerbu unit berkenaan dan mendapati 500 karton rokok tidak dibayar cukai yang dibungkus dalam beg-beg kanvas.

Jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah S$68,320 dan S$5,110.

Dua lelaki warga Singapura itu berusia 41 dan 60 tahun.

Membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam serta Akta GST, menurut Kastam Singapura.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda 40 kali lebih tinggi daripada jumlah cukai dan GST yang dielakkan dan/atau penjara sehingga enam tahun.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan