Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didakwa perdaya pengarah JCL Facility Services bayar gaji pekerja pembersihan

Dua lelaki didakwa di mahkamah pada Jumaat (30 Apr) atas tuduhan menipu seorang pengarah JCL Facility Services dengan memperdayakannya sehingga pengarah berkenaan membuat pembayaran gaji berjumlah S$150,490 antara 2017 dengan 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa perdaya pengarah JCL Facility Services bayar gaji pekerja pembersihan

Petikan gambar Google Maps.

Diterbitkan : 30 Apr 2021 12:20PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 12:24PM

SINGAPURA: Dua lelaki didakwa di mahkamah pada Jumaat (30 Apr) atas tuduhan menipu seorang pengarah JCL Facility Services dengan memperdayakannya sehingga pengarah berkenaan membuat pembayaran gaji berjumlah S$150,490 antara 2017 dengan 2019.

Pembayaran dibuat untuk gaji para pekerja pembersihan yang kononnya bekerja di Kampung Admiralty dan Admiralty Place padahal mereka sebenarnya tidak bekerja di tempat-tempat itu, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

CPIB mengenal pasti kedua-dua lelaki itu sebagai Mohamad Nazrie Rabuan, 38 tahun dan Mohammad Yazid Taib, 50. Nazrie bertugas sebagai eksekutif teknikal di UEMS Solutions, manakala Yazid pula bekerja sebagai penyelia pembersihan di Theng Liang Lee Services ketika kesalahan-kesalahan itu dilakukan.

Sepanjang tempoh itu, wang dipindahkan ke akaun bank di bawah nama isteri Yazid, menurut CPIB.

Atas tindakan kedua-dua lelaki itu, mereka berdepan dengan tiga tuduhan menipu dan secara tidak jujur memperolehi manfaat daripada hasil jenayah mereka, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

"CPIB memandang serius terhadap rasuah dan aktiviti jenayah lain seperti menipu," menurut biro itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan