Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didakwa kendali skim penipuan online libatkan AirPods tiruan

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa kendali skim penipuan online libatkan AirPods tiruan

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan e-dagang, yang melibatkan penjualan Apple AirPods tiruan di Carousell.

Demikian menurut polis pada Sabtu (18 Mac).

Menurut polis, pihaknya menerima beberapa aduan antara 11 Mac dan 15 Mac daripada mangsa-mangsa yang dipercayai telah diperdayakan untuk membeli AirPods tiruan itu.

"AirPods tiruan itu dipasarkan seolah-olah ia tulen dan dibungkus dalam kotak dengan nombor bersiri. Setelah mangsa menerima produk tersebut, barangan itu didapati tiruan," dedah polis dalam kenyataan medianya.

Dua lelaki, yang berusia 26 dan 31 tahun, diberkas pada Jumaat (17 Mac) setelah pegawai polis mengenal pasti identiti mereka menerusi siasatan susulan.

Sebanyak 18 kotak Apple AirPods tiruan dan tiga telefon bimbit dirampas dan dijadikan sebagai bukti kes, tambah polis.

Kedua-dua tertuduh didakwa di mahkamah pada Sabtu atas tuduhan menipu, iaitu kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Polis menegaskan pihaknya memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam kes penipuan dan pesalah akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan