Skip to main content

Singapura

2 lelaki didakwa gelapkan S$600,000 bagi perniagaan sendiri

Dua lelaki hari ini (24 Jun) didakwa kerana menggelapkan S$600,000 dan menggunakan wang itu untuk membiayai perniagaan mereka sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa gelapkan S$600,000 bagi perniagaan sendiri

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2022 05:43PM
SINGAPURA: Dua lelaki hari ini (24 Jun) didakwa kerana menggelapkan S$600,000 dan menggunakan wang itu untuk membiayai perniagaan mereka sendiri.

Tertuduh berkenaan - seorang lelaki 45 tahun dan seorang lelaki 37 tahun - didakwa atas dua tuduhan bersubahat untuk secara tidak jujur menggelapkan wang yang dipertanggungjawabkan kepada lelaki lebih berusia itu.

Pada 2019, lelaki 45 tahun itu dikatakan diberikan S$5.6 juta oleh pengurup wang bagi mendapatkan perintah juruwang bagi jumlah yang serupa.

Dia dan lelaki 37 tahun itu dituduh menggunakan $600,000 daripada jumlah wang tersebut bagi perniagaan mereka sendiri, menurut polis.

Kesalahan bersubahat untuk melakukan pecah amanah membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita