Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki didakwa dengan tuduhan baru berkaitan perhimpunan malam Tahun Baru di Clarke Quay

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa dengan tuduhan baru berkaitan perhimpunan malam Tahun Baru di Clarke Quay

(Dari kiri) Harjaz Singh, William Alexander Brooks-Potts, Verma Pulkit dan Kotra Venkata Sai Rohankrishna di Mahkamah pada 25 Jan 2022. (Gambar: CNA/Marcus Ramos)

SINGAPURA: Dua lelaki, yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai melanggar beberapa peraturan COVID-19 semasa berhimpun pada malam Tahun Baru di Clarke Quay, masing-masing dikenakan tuduhan baru pada Selasa (8 Feb).

Harjaz Singh dan Verma Pulkit masing-masing dituduh dalam pendakwaan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar(URA) kerana melanggar peraturan-peraturan COVID-19 dengan menghadiri perhimpunan, tanpa alasan yang munasabah, yang terdiri daripada "individu-individu lain dengan tujuan yang sama" berdekatan jambatan Read di luar Riverside Point pada 1 Jan sekitar tengah malam.

BACA: 4 lelaki didakwa langgar langkah pengurusan selamat COVID-19 pada malam Tahun Baru di Clarke Quay

BACA: 4 individu akan didakwa atas perhimpunan besar malam Tahun Baru di Clarke Quay

Dengan ini, kedua-dua lelaki tersebut dikenakan tiga tuduhan setiap seorang, yang hadir di mahkamah daerah pada Selasa (8 Feb) tanpa diwakili oleh peguam mereka.

Pada hujung minggu sempena malam Tahun Baru, video-video tular di media sosial yang menunjukkan ramai orang berkumpul di Clarke Quay untuk menyambut kedatangan Tahun Baru, dengan ramai daripada mereka kelihatan menurunkan atau menanggalkan pelitup masing-masing.

Setiap kesalahan melanggar peraturan COVID-19 membawa hukuman denda sehingga S$10,000 atau hukuman penjera sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan