2 lelaki didakwa atas tuduhan palsukan dokumen tipu SPS
Anggaran Waktu Membaca:
Kiew Khie Leong (kiri) dan Tan Sin Liang tiba di Mahkamah Negara pada 23 Mei 2025. (Gambar: CNA/Tan Wen Lin)
SINGAPURA: Dua lelaki didakwa pada Jumaat (23 Mei) kerana disyaki memainkan peranan dalam memalsukan dokumen untuk memperdaya Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) agar mempercayai seolah-olah sebut harga syarikat mereka adalah yang paling rendah.
Kiew Khie Leong, 35 tahun, menghadapi dua tuduhan melakukan pemalsuan, manakala Tan Sin Liang, 62 tahun, dikenakan satu tuduhan kerana bersubahat melakukan pemalsuan.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), mereka berdua adalah pekerja dari dua subkontraktor berbeza yang dilantik oleh kontraktor utama bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
Projek tersebut adalah sebahagian daripada projek pembangunan di bawah SPS.
Butiran lanjut mengenai projek tersebut tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.
Kiew, seorang warga Malaysia, dipercayai memalsukan 11 sebut harga yang kononnya dikeluarkan oleh dua kontraktor lain pada 2019.
Antara 23 Januari 2019 hingga 5 Disember 2019, Kiew dipercayai telah menyediakan lima sebut harga menggunakan kepala surat DRK Construction, dan enam lagi menggunakan kepala surat Pro-Wire Engineering, tanpa kebenaran.
Kiew tidak mengaku bersalah dan kesnya ditangguhkan untuk membolehkannya melantik peguam.
Kesnya akan disebut semula pada 6 Jun.
Bagi Tan pula, seorang warga Singapura, dia dituduh menghasut kakitangan pentadbirannya untuk memalsukan tiga dokumen menggunakan kepala surat Beryllus dengan niat untuk menipu SPS.
Perbuatan itu dipercayai berlaku antara 24 Januari 2018 dengan 4 Disember 2020.
Tan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bersalah.
Kesnya telah ditetapkan untuk persidangan praperbicaraan pada 25 Jun.
Jika sabit kesalahan, setiap seorang daripada mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga empat tahun dan denda bagi setiap tuduhan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.