2 lelaki diberkas serang lelaki 43 tahun dengan batu bata di Geylang
Anggaran Waktu Membaca:
Batu bata dirampas oleh polis setelah seorang lelaki berusia 43 tahun diserang di Geylang pada 4 Februari 2025. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap selepas seorang lelaki 43 tahun diserang dengan batu bata, menyebabkan beliau mengalami beberapa keretakan di bahagian muka.
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian di Lorong 21 Geylang itu sekitar pukul 9.00 pagi Selasa (4 Feb).
Mangsa didapati mengalami beberapa keretakan dan luka pada badannya, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Rabu (5 Feb).
Beliau dihantarkan ke Hospital Besar Changi dan batu bata berkenaan dirampas sebagai bukti dalam kes tersebut.
Dua suspek berusia 21 dan 22 tahun, dikenal pasti menerusi siasatan polis di kawasan kejadian serta gambar-gambar dari kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV).
Dua lelaki berkenaan akan didakwa di mahkamah pada Khamis (6 Feb) atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan serius dengan cara berbahaya, dengan niat.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda, serta/atau disebat.
"Polis tidak bertolak ansur sama sekali terhadap tindakan keganasan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengendahkan undang-undang," menurut SPF.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.