2 lelaki diberkas selepas tukar berlian lebih S$235,000 dengan barang kemas tiruan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua lelaki diberkas pada Jumaat (19 Jun) kerana disyaki mencuri sebutir berlian bernilai lebih S$235,000 dari sebuah kedai barang kemas selepas menggantikannya dengan berlian palsu.
Dalam kenyataannya pada Sabtu (20 Jun), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 3.40 petang pada Jumaat (19 Jun) dan dimaklumkan bahawa sebutir berlian dicuri dari sebuah kedai barang kemas di Kreta Ayer Road.
Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 42 tahun itu diberkas di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dalam tempoh tiga jam selepas aduan dibuat.
Berlian yang dicuri itu berjaya ditemui dan dirampas, kata polis.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menunjukkan minat untuk membeli berlian tersebut ketika berada di kedai berkenaan.
"Ketika memeriksa berlian itu, mereka menukarnya dengan yang palsu.
"Mereka berdua kemudian meninggalkan kedai tanpa membuat sebarang pembelian, sekali gus menimbulkan syak wasangka pembantu kedai," kata SPF.
Selepas menjalankan pemeriksaan, pembantu kedai itu mendapati berlian tulen sudah digantikan dengan yang palsu, menurut polis.
Kedua-dua lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (20 Jun) atas tuduhan mencuri.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Polis menegaskan bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap jenayah sedemikian dan akan berusaha sedaya upaya untuk memberkas pesalah serta mengambil tindakan mengikut undang-undang.
SPF turut menasihatkan pemilik kedai yang menjual barangan mewah supaya sentiasa berwaspada terhadap penjenayah yang menggunakan modus operandi serupa serta mengambil langkah mencegah kecurian melalui penipuan sedemikian.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.