2 lelaki diberkas selepas cuba masuk S'pura secara haram dengan sampan
Dua lelaki diberkas selepas mencuba untuk memasuki Singapura secara haram, menurut Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan bersamanya hari ini (22 Mei).
(Gambar: ICA)
SINGAPURA: Dua lelaki diberkas selepas mencuba untuk memasuki Singapura secara haram, menurut Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan bersamanya hari ini (22 Mei).
Pada sekitar 10.30 malam semalam (21 Mei), sebuah sampan dengan dua orang lelaki di atasnya dikesan sedang dalam perjalanan ke Singapura di perairan Marina South Pier.
"Kedua-dua anggota darat dan laut dikerahkan serta-merta untuk menahan dua lelaki itu," menurut kenyataan tersebut.
Dua rakyat Indonesia itu, berusia 25 dan 31 tahun, ditahan pada hampir waktu tengah malam dan diberkas kerana cuba memasuki Singapura secara haram. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan dan dikenakan sekurang-kurangnya tiga sebatan.
"Sempadan kita merupakan benterng keselamatan pertama kita dalam menjaga keselamatan Singapura," kata Penolong Pesuruhjaya Kanan Hsu Yun, komander pengawal pantai.
"PGC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak berkepentingan lain untuk mencegah sebarang percubaan memasuki Singapura secara haram."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.