2 lelaki diberkas pecah masuk sekolah di Marine Parade
Dua lelaki diberkas pada Selasa (24 Okt) selepas dua sekolah di kawasan Marine Parade dipecah masuk minggu ini, menurut Pasukan Polis Singapura pada Khamis (24 Okt).
Gambar hiasan.
SINGAPURA: Dua lelaki diberkas pada Selasa (24 Okt) selepas dua sekolah di kawasan Marine Parade dipecah masuk minggu ini, menurut Pasukan Polis Singapura pada Khamis (24 Okt).
Polis menerima aduan antara Selasa dengan Khamis yang melaporkan pejabat di dua buah sekolah di East Coast Road dan Marine Terrace dipecah masuk. Wang tunai dan barang berharga bernilai sekitar S$600 dicuri dari pejabat-pejabat tersebut.
Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok memberkas dua lelaki berusia 18 dan 26 tahun pada Khamis menyusuli siasatan yang dijalankan.
Kedua-dua lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas tuduhan pecah masuk dan mencuri pada waktu malam dengan sengaja. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.