Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki diberkas; lebih 4,500 karton rokok seludup dirampas di Toa Payoh

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki diberkas; lebih 4,500 karton rokok seludup dirampas di Toa Payoh

Sebanyak 4,540 karton rokok yang tidak dibayar duti, GST dirampas dalam satu operasi. (Gambar: Kastam Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas dan lebih 4,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas daripada sebuah kereta yang diletakkan di Lorong 8 Toa Payoh.

Demikian menurut Kastam Singapura hari ini (20 Apr).

Semasa operasi itu dijalankan semalam (28 Apr), para pegawai mengawasi dua lelaki memunggah kotak-kotak daripada sebuah lori ke sebuah kereta. Kedua-dua kenderaan tersebut berdaftar di Singapura.

Para pegawai mengesyaki lelaki-lelaki berkenaan, yang berusia 25 dan 37 tahun, terlibat dalam kegiatan berkaitan rokok yang tidak dibayar cukai, menurut agensi tersebut.

Mereka melakukan pemeriksaan dan menjumpai 4,540 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam kedua-dua kenderaan tersebut.

"Sebungkus serbuk berwarna putih yang tidak diketahui, yang disyaki adalah dadah terkawal turut dijumpai dalam lori tersebut," menurut Kastam Singapura, sambil menambah perkara itu sudah dirujukkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi siasatan lanjut.

Rokok-rokok dan kedua-dua kenderaan itu dirampas semasa operasi tersebut.

Keseluruhan duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing bernilai sekitar S$515,810 dan S$39,410, menurut agensi itu.

Salah seorang lelaki tersebut cuba melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan oleh para pegawai, tambah kenyataan tersebut.

Siasatan masih dijalankan.

Perbuatan membeli, menjual, membawa, menyimpan, memiliki atau melakukan kegiatan berkaitan rokok yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST, menurut Kastam Singapura.

Para pesalah boleh dikenakan denda sehingga 40 kali jumlah duti dan cukai yang dielakkan, dihukum penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk melakukan jenayah-jenayah sedemikian juga boleh disita.
 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan