Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki diberkas; jual 1,700 pasang kasut tiruan bernilai lebih S$370,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan sekitar 1,700 pasang kasut tiruan.

Kesemua kasut itu dianggarkan bernilai lebih S$370,000.

Demikian menurut kenyataan polis pada Selasa (18 Apr).

Kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu lalu (15 Apr) dalam satu operasi penguatkuasaan oleh para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah di Bishan Street 23 dan Yishun Ring Road.

Kesemua barangan tiruan itu dirampas semasa operasi tersebut.

Menurut polis, pihaknya memandang serius terhadap sebarang pelanggaran hak intelektual dan mengingatkan orang awam bahawa pengedaran dan penjualan barang-barang tiruan adalah kesalahan yang serius.

Jika didapati bersalah kerana memiliki sebarang produk yang dibubuh tanda dagangan palsu bagi tujuan perdagangan, kedua-dua lelaki itu boleh didenda sehingga S$100,000 atau dihukum penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang mengaut keuntungan daripada perniagaan dan pengguna yang sah.

Siasatan masih dijalankan.
Sumber : Today/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan