2 lelaki diberkas berkelakuan tidak senonoh
Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam dua kes berasingan melibatkan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam dua kes berasingan melibatkan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Insiden pertama berlaku pada Isnin lalu. Seorang lelaki berusia 34 tahun dituduh berbogel di hadapan tiga mangsa wanita di Yishun Street 81, menurut polis dalam kenyataan medianya.
"Siasatan awal mendapati bahawa lelaki berkenaan terlibat dalam beberapa kes serupa," tambah polis.
Kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun.
Pada 20 Jan, dia dikatakan melakukan perbuatan lucah di hadapan seorang wanita di Blok 8 Upper Boon Keng Road.
Suspek dikenal pasti dengan bantuan gambar-gambar yang dipetik kamera polis dan dia diberkas di Upper Boon Keng Road.
Dia juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa, menurut polis.
Dua lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu (23 Jan). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.