2 lagi kemudahan jagaan masyarakat diaktifkan; berupaya tampung 1,700 pesakit
Dua lagi kemudahan jagaan masyarakat (CCF) sudah diaktifkan bagi menampung para pesakit COVID-19 yang menunjukkan simptom sederhana atau tiada simptom.
Bekas tapak ITE Ang Mo Kio.
SINGAPURA: Dua lagi kemudahan jagaan masyarakat (CCF) sudah diaktifkan bagi menampung para pesakit COVID-19 yang menunjukkan simptom sederhana atau tiada simptom.
Dua CCF itu yang terletak di bekas bangunan ITE Ang Mo Kio dan CSC@Loyang boleh menampung 1,700 pesakit.
Kementerian Kesihatan menyatakan langkah itu diambil sebagai pelan tambahan jika terdapat keperluan untuk menampung lebih ramai pesakit.
Pada masa ini, tiga CCF di D'Resort NTUC, Tuas South dan Hospital Bright Vision, belum ditempati sepenuhnya.
Secara keseluruhannya, lima kemudahan CCF itu boleh menampung lebih 4,000 orang.
MOH menambah penyesuaian segera boleh dilakukan terhadap kapasiti setiap CCF itu mengikut keperluannya.
Ia akan terus mengkaji keadaan dan membuat penyesuaian kepada kapasiti dengan sewajarnya.
Seorang pakar berkata orang awam tidak seharusnya membuat sebarang andarain terhadap langkah itu.
Pihak berkuasa kemungkinan hanya bersiap siaga sekiranya terdapa penularan lebih besar yang terkait kepada lebih banyak pusat beli-belah, blok HDB atau dalam kes lebih buruk, di dormitori pekerja hijrahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.