Skip to main content

Singapura

2 kursus baru bagi para penjaga pesakit demensia dilancar akhir 2019

Dua kursus baru yang disasarkan kepada para penjaga pesakit demensia bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua kursus baru yang disasarkan kepada para penjaga pesakit demensia bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Ia antara lain akan membimbing mereka tentang cara-cara untuk menghuraikan masalah sebagai penjaga serta bagaimana untuk mengawal kesejahteraan emosi mereka.

Langkah ini sebahagian daripada rangka kerja baru Hospital Tan Tock Seng (TTSH) untuk memberi lebih banyak sokongan kepada penjaga.

Bukan mudah untuk menjaga ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan penjagaan yang lebih khusus.

Sering kali, penjaga berasa tertekan sehinggakan tanggungjawab yang dipikul dianggap sebagai satu beban.

Demikian dapatan tinjauan yang dijalankan Hospital Tan Tock Seng antara 2015 dan 2018. Ia melibatkan 274 keluarga yang mempunyai pesakit warga tua dengan penyakit kronik.

Golongan itu didapati mempunyai risiko mengalami kemurungan dan tekanan jiwa yang lebih tinggi di samping mempunyai mutu kehidupan yang lebih rendah. Lama-kelamaan, menurut TTSH, keadaan kesihatan mereka sendiri akan terjejas.

Untuk membantu mereka, dua inisatif baru bakal dilancarkan. Yang pertama, satu senarai semak yang mengenal pasti para penjaga yang memerlukan sokongan psikososial dan emosi dengan segera.

Yang kedua melibatkan prorgram latihan bagi para penjaga yang dipertingkatkan untuk meliputi juga kemahiran hidup.

"Kita ingin melatih keluarga pesakit supaya mereka boleh tingkatkan kemahiran psikososial dan emosi mereka supaya mereka boleh jaga pesakit dengan lebih lama dan mereka sendiripun boleh jaga sendiri dan takkan rasa sedih, sangat tertekan.

"Ada keluarga rasa amat tertekan sampai ada yang macam mahu bunuh diri," menurut Penolong Pengarah Kejururawatan TTSH, Dr Chan Ee Yuee.

Rangka kerja itu akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Sebagai permulaan, ia akan memanfaatkan 500 penjaga pesakit demensia bersubsidi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita