Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kucing batu terabai diselamatkan ACRES

Dua ekor kucing batu (Asian Leopard Cat) yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan sebuah kumpulan kebajikan haiwan selepas ditemui ditinggalkan dalam alat pembawa haiwan di Bukit Batok West bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
2 kucing batu terabai diselamatkan ACRES

Seekor kucing batu yang ditemui di Bukit Batok Avenue 6 pada 20 Dis 2018. (Gambar: ACRES)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 10:54PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 10:55PM

SINGAPURA: Dua ekor kucing batu (Asian Leopard Cat) yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan sebuah kumpulan kebajikan haiwan selepas ditemui ditinggalkan dalam alat pembawa haiwan di Bukit Batok West bulan lalu.

Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES) menyatakan ia menerima satu panggilan telefon pada 20 Dis, sekitar 10.00 pagi, dari seorang anggota awam, yang memaklumkan tentang penemuan dua kucing tersebut ditinggalkan di Bukit Batok West Avenue 6.

Kucing-kucing itu kemudian diselamatkan ACRES pada sebelah petang.

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif ACRES Anbarasi Boopal, kucing-kucing itu kelihatan "sangat tertekan dengan sekitaran dan pengangkutan", meskipun ia tenang.

Kucing batu termasuk jenis haiwan yang diancam kepupusan di Singapura. Ia hanya boleh didapati di beberapa kawasan larangan dan hutan simpanan.

Haiwan itu aktif pada waktu malam dan ia memakan tikus, amfibia dan reptilia, menurut ACRES menerusi catatan Facebooknya pada Jumaat (11 Jan).

"Tolong biarkan hidupan liar di tempat asalnya. Jika anda rasa hidupan liar itu terancam, sila hubungi hotline 24 jam kami di 97897782 untuk mendapatkan bantuan," menurut pertubuhan itu lagi.

Kejadian itu bukan kali pertama kucing batu seperti itu diselamatkan daripada perdagangan haram di Singapura, kata Cik Anbarasi.

Dua ekor dilaporkan disimpan sebagai haiwan peliharaan pada Julai 2018, dengan seekor lagi diabaikan pada tahun yang sama.

Siasatan ACRES pada 2015 tentang perdagangan haram hidupan liar mendapati kucing batu antara haiwan yang dijual di internet.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan