2 Ketua Jururawat ini diiktiraf dalam Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 12 jururawat hebat diiktiraf tahun ini dalam Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan.
Ini bagi menyanjung usaha dan peranan jururawat yang melebihi dari sekadar merawat pesakit di hospital.
Hakikatnya, para jururawat juga menyumbang dan memainkan peranan besar dalam masyarakat.
Ia termasuk menganjurkan pelbagai program bagi menggalak gaya hidup sihat.
Dedikasi dan sumbangan ini antara faktor pemilihan dua penerima utama anugerah itu yang berkongsi pengorbanan dan harapan mereka dengan wartawan Nurfazirah Azman.
Antaranya, Siti Noraziah Rahim, ketua jururawat berusia 40 tahun, yang sudah berkhidmat di Hospital Besar Changi selama 18 tahun.
Semasa COVID-19 melanda, Cik Noraziah perlu mengorbankan masa dengan anak-anaknya kerana akur dengan peranan yang perlu digalasnya sebagai pasukan barisan hadapan.
"Tiga orang anak saya harus menjalani pembelajaran di rumah. Disebabkan komitmen saya sebagai barisan hadapan di hospital, saya tidak dapat berada di rumah sepenuh masa untuk menyokong mereka tetapi saya bertuah kerana mempunyai suami yang menyokong dan menjaga mereka," kongsi Cik Noraziah.
Sepanjang berkhidmat di CGH, ketua jururawat itu sangat cekap dalam cara menangani pelbagai jenis pesakit.
Beliau juga sering membimbing dan berkongsi ilmu dengan para jururawat lain dan pelajar secara profesional dan sistematik.
Atas ketekunan dan kegigihannya, Cik Noraziah dinobatkan sebagai naib juara Anugerah Tan Chin Tuan tahun ini dan menerima medalion emas dan hadiah wang tunai S$3,000.
"Saya bertuah kerana bekerja bersama dengan rakan-rakan sekerja yang menyokong dan penyelia yang selalu memupuk kerjaya kami. Saya juga tidak mengambil mudah tentang keluarga. Mereka adalah kekuatan dan tunggak motivasi saya sepanjang kerjaya kejururawatan saya," ujar Cik Noraziah.
"Saya akan terus mendalami dan meluaskan kemahiran saya melalui pengalaman kejururawatan terkini. Saya juga berharap dapat memupuk nilai dan sifat positif dalam penyampaian penjagaan pesakit kami," tambah beliau.
NORAINI MOHAMAD ALI DIIKTIRAF, SANDANG TEMPAT KETIGA
Tempat ketiga pula disandang oleh ketua jururawat, Noraini Mohamad Ali dari Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).
Beliau membawa pulang wang tunai S$2,500 dan medalion emas.
Bukan sahaja merawat pesakit di hospital, Cik Noraini juga membuktikan bahawa jururawat juga ada peranan dalam menggalak gaya hidup sihat dalam masyarakat.
Selain ke sekolah-sekolah, beliau juga ke dormitori pekerja asing dan kawasan-kawasan kejiranan semasa pandemik.
"Saya memberi imunisasi vaksin terhadap kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun dan juga pelajar peringkat menengah. Pada masa itu, vaksin ini baru jadi ramai di antara mereka dan kalangan ibu bapa yang merasa takut dan bimbang," kongsi Cik Noraini.
"Dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada di sini, saya menenangkan mereka yang vaksin ini adalah selamat diambil demi perlindungan dan keselamatan anak-anak mereka," tambah beliau.
CIK NORAINI AKAN TERUS JAGA KESIHATAN KANAK-KANAK
Pengiktirafan itu juga antara kenangan manis dalam kerjaya beliau sepanjang 34 tahun dan penyuntik semangat baginya.
"Saya akan terus menjaga kesihatan kanak-kanak agar terus membesar dengan kehidupan kesihatan yang baik dan ini adalah selaras dengan pelan SG Lebih Sihat," ujar Cik Noraini, 58 tahun.
"Sebagai contoh, baru-baru ini saya baru tamat mengikuti kursus bimbingan menerusi telefon, satu program peningkatan di mana saya membimbing pelajar-pelajar sekolah cara mengendalikan kehidupan kesihatan mereka," tambahnya.
Cik Noraini dan Cik Noraziah merupakan antara tujuh jururawat Melayu yang menerima Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan kali ini.
Anugerah tempat pertama pula diberikan kepada ketua Jururawat dari Institusi Kesihatan Mental (IMH), Sim Thiam Hee.
Lagi sembilan jururawat diiktiraf dengan anugerah Merit.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.