Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kes import COVID-19 subvarian Omicron BA.2.75 disahkan di Singapura

Kedua-dua individu berkenaan melawat India baru-baru ini dan mereka segera mengasingkan diri selepas disahkan positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
2 kes import COVID-19 subvarian Omicron BA.2.75 disahkan di Singapura

படம்:: Marcus Mark Ramos

SINGAPURA: Sebanyak dua kes import COVID-19 dengan subvarian Omicron BA.2.75  disahkan di Singapura setakat Khamis (14 Jul), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan kedua-dua individu berkenaan melawat India baru-baru ini dan mereka segera mengasingkan diri selepas disahkan positif COVID-19.

Mereka sudah pulih sepenuhnya, tambah MOH.

Subvarian BA.2.75, yang digelar 'Centaurus', mula dikesan di India pada awal Mei.

Sejak itu, ia dilaporkan di hampir 10 negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Kanada.

"Buat masa ini tiada bukti untuk menunjukkan bahawa BA.2.75 menyebabkan penyakit lebih serius berbanding versi asal Omicron, kata MOH pada Sabtu (16 Jul).

Tambahnya, setakat Khamis, BA.2.75  disenaraikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai subvarian Omicron di bawah pemantauan.

Ketua saintis WHO Dr Soumya Swaminathan berkata masih belum ada sampel yang mencukupi untuk menilai tahap kemudaratannya, seperti yang dilaporkan The Guardian.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menetapkan varian BA.2.75 sebagai "varian dalam pemantauan" pada 7 Jul.

Ini bermakna terdapat beberapa petunjuk bahawa ia mungkin menular dengan lebih cepat atau dikaitkan dengan penyakit yang lebih teruk, tetapi buktinya lemah atau belum dinilai.

Sebahagian saintis juga khuatir jika subvarian B.A.2.75 ‘lebih kebal’ hingga menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.

Singapura melaporkan 9,153 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu.

8,691 adalah jangkitan tempatan dan 462 ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan