Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kes di bawah ISA satu peringatan bahawa pengganasan kekal sebagai ancaman berterusan kepada SG: Dr Faishal

Anggaran Waktu Membaca:
2 kes di bawah ISA satu peringatan bahawa pengganasan kekal sebagai ancaman berterusan kepada SG: Dr Faishal

Bangunan Kementerian Ehwal Dalam Negeri di Singapura.

Diterbitkan : 15 Jul 2024 10:07PM Dikemas Kini : 15 Jul 2024 11:52PM
SINGAPURA: Kedua-dua kes yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah peringatan kepada rakyat Singapura bahawa pengganasan kekal sebagai ancaman berterusan kepada Singapura.

Demikian menurut Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Faishal Ibrahim di laman Facebook beliau pada Isnin (15 Jul).

Menurut beliau, sebagai sebuah negara kecil yang mempunyai keterhubungan yang tinggi, konflik di luar negara mempunyai kesan ke atas landskap keselamatan tempatan di Singapura.

Beliau turut berkata demikian menyusuli pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), melibatkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan seorang wanita berumur 33 tahun.

Kedua-duanya menjadi radikal online ekoran konflik Israel-Hamas.
 
Encik Faishal berkata: "Radikalisasi mereka berlaku dengan pantas, dalam tempoh beberapa bulan.

"Mujur, ISD campur tangan awal."

Encik Faishal turut akur tentang keprihatinan orang ramai terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Namun, menurutnya, terdapat sebilangan individu yang menggunakan konflik itu untuk menggalak kebencian dan keganasan.

"Kedua-dua kes ini menarik perhatian kepada risiko radikalisasi yang ditimbulkan oleh naratif pelampau ini kepada penduduk kita," tambahnya.

"Jika tidak disemak, ia akan merebak, mengancam keselamatan negara dan kesepaduan sosial."

Beliau menekankan bahawa tindakan ISD terhadap kedua-dua individu ini bukan atas sokongan mereka kepada Palestin, tetapi sokongan mereka terhadap keganasan bersenjata yang melampaui batas.
"Masyarakat kita perlu bersatu menentang usaha menggalak dan menyokong keganasan dan fahaman pelampau yang ganas.

"Pihak berkuasa sahaja tidak dapat mengesan setiap kes radikalisasi.

"Kewaspadaan orang ramai adalah kunci kepada perjuangan berterusan kita menentang pengganasan.

"Sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina, agama atau pekerjaan, boleh mudah terdedah kepada radikalisasi," tambahnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan