Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 kereta rosak dihempap pokok, tiang lampu di Dawson

Dua buah kereta rosak setelah dihempap oleh sebatang pokok sepanjang lapan meter dan sebatang tiang lampu pagi tadi (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2018 06:21PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:43PM

SINGAPURA: Dua buah kereta rosak setelah dihempap oleh sebatang pokok sepanjang lapan meter dan sebatang tiang lampu pagi tadi (14 Jan).

Insiden itu berlaku di tempat meletak kereta kawasan terbuka di Margaret Drive, bersebelahan SkyVille @ Dawson.

Tingkap depan sebuah kereta BMW berwarna putih retak teruk, manakala bumbung kereta Nissan kemik. Mujur tiada kecederaan dilaporkan.

Kereta BMW yang cermin depannya retak teruk. (Gambar: Elvin Ang)

(Gambar: Elvin Ang)

"Saya mahu keluar makan tetapi apabila saya turun bawah ke tempat meletak kereta, saya nampak kereta saya seperti itu," kata Encik Elvin Ang, pemilik kereta BMW yang menetap di kawasan tersebut.

"Polis berada di sini pagi tadi dan mereka memberitahu saya supaya membuat aduan. Saya segera menghubungi ejen insurans. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan," tambah beliau.

Menurut seorang saksi, pokok tersebut - yang kelihatan sudah tercabut - menghempap sebatang tiang lampu yang juga menghempap kedua-dua kereta.

(Gambar: Vincent Huang)

(Gambar: Vincent Huang)

Mediacorp difahamkan bahawa pokok dan tiang lampu itu dialihkan sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Pokok-pokok di tempat awam terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Taman Negara (NParks).

(Gambar: Rachelle Lee)

(Gambar: Rachelle Lee)

Sejak sebulan yang lalu terdapat beberapa laporan mengenai pokok yang tumbang, termasuk di Toa Payoh pada Isnin lalu (8 Jan). Insiden itu menyebabkan dua orang dikejarkan ke hospital.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan