2 kereta api baru TEL tiba di Pelabuhan Jurong
Lagi dua kereta api bagi laluan Thomson-East Coast atau TEL sudahpun tiba di Pelabuhan Jurong dari Qingdao, China hari ini (2 Okt).
SINGAPURA: Lagi dua kereta api bagi laluan Thomson-East Coast atau TEL sudahpun tiba di Pelabuhan Jurong dari Qingdao, China hari ini (2 Okt).
Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Pengangkutan Khaw Boon Wan menyaksikan pemunggahan kereta api itu di pelabuhan tersebut.
Kedua-dua kereta api itu dan kereta api pertama yang tiba pada Mei lalu akan menjalani ujian oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum memulakan perkhidmatan.
Kereta api automatik sepenuhnya itu adalah sebahagian daripada 91 kereta api baru yang diperolehi oleh LTA bernilai sekitar $750 juta.
Baki kereta api akan tiba secara bertahap-tahap menjelang 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.