2 kematian di tempat kerja pada April
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Tenaga Manusia)
SINGAPURA: Dua pekerja maut dalam kejadian berasingan di tempat kerja pada bulan lalu.
Seorang daripadanya dihempap tiang forklift manakala seorang lagi terjatuh ke dalam lubang lif.
Demikian menurut laporan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH).
Dalam kejadian pertama pada 18 April, seorang pekerja terjatuh enam meter ke dalam lubang lif yang baru dibina.
Dalam kemalangan kedua pula, seorang teknisyen sedang bersiap sedia untuk membetulkan sebuah forklift, apabila dihempap tiang forklift tersebut pada 28 April.
Sebanyak 11 kematian di tempat kerja dicatatkan setakat tahun ini, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu taklimat pada Selasa (23 Mei).
"Para pekerja berdepan risiko terjatuh dari tempat tinggi ketika bekerja berdekatan atau di dalam lubang lif," menurut notis WSH.
Majlis WSH, sebuah badan berkanun di bahawa MOM, menggesa syarikat-syarikat yang terlibat dalam pekerjaan sedemikian agar melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah pekerja dari terjatuh.
Syarikat-syarikat harus memastikan sistem pengurusan WSH termasuk langkah-langkah seperti latihan bagi pekerja, penyeliaan kerja dan menyediakan alat perlindungan peribadi.
Mereka juga harus memastikan pemeriksaan dijalankan oleh kakitangan yang cekap dan kawalan risiko disahkan berkesan sebelum pekerjaan di tempat tinggi dibenarkan.
Bagi pekerjaan di dalam atau berdekatan lubang lif, mereka harus mengerahkan pengimpal yang sudah menjalani latihan bekerja di tempat tinggi, serta mengarahkan pekerja dengan tegas untuk tidak memanjat pagar keselamatan.
Bagi nahas melibatkan seorang teknisyen pula, siasatan menunjukkan pin mengunci tiang forklift terbabit dikeluarkan tanpa memastikan tiang itu betul-betul sudah terkunci.
Notis WSH menyatakan: "Pekerja terlibat dalam kerja-kerja membaiki kenderaan mungkin terdedah kepada bahaya fizikal ketika bekerja dengan bahagian kenderaan atau komponen enjin."
Majlis WSH menyatakan semua syarikat yang terlibat dalam kerja pembaikan kenderaan amat digalakkan untuk mengutamakan keselamatan pekerja dan menjalankan penilaian menyeluruh ke atas langkah-langkah keselamatan.
Di bawah Akta WSH, syarikat yang melakukan kesalahan buat kali pertama boleh didenda sehingga S$500,000 manakala individu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga S$200,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.