Skip to main content

Singapura

2 kelompok produk 'Milo snack bar' Nestle ditarik balik selepas disyaki mengandungi getah

Dua kelompok produk 'Milo Snack Bar' Nestlé ditarik balik selepas ia disyaki mengandungi getah.
Anggaran Waktu Membaca:
2 kelompok produk 'Milo snack bar' Nestle ditarik balik selepas disyaki mengandungi getah
SFA dimaklumkan oleh Nestlé Singapore mengenai penarikan balik secara sukarela beberapa produk 'Milo Snack Bar' Nestlé oleh pengilang di Australia selepas ia disyaki mengandungi getah. (Gambar: SFA)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 Feb 2026 11:44PM
SINGAPURA: Dua kelompok produk 'Milo Snack Bar' Nestlé ditarik balik selepas ia disyaki mengandungi getah.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (13 Feb) menyatakan ia dimaklumkan oleh Nestlé Singapore mengenai penarikan balik secara sukarela beberapa produk 'Milo Snack Bar' oleh pengilang di Australia.

Langkah itu diambil kerana ia disyaki mengandungi bahan asing dalam produk berkenaan, menurut agensi tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA mengarahkan pengimport, Nestlé Singapore, untuk menarik balik produk yang terlibat.

Proses penarikan balik masih sedang dijalankan, menurut SFA.

Produk yang terjejas adalah:

Nama produk: Nestlé Milo Snack Bar (Original)
Saiz: 210 gram (kotak 10 bar), atau 21 gram setiap bar
Nombor kelompok: 5324TD15
Tarikh luput: 31 Ogos 2026
Negara asal: Australia

Nama produk: Nestlé Milo Snack Bar (Dipped)
Saiz: 270 gram (kotak 10 bar), atau 27 gram setiap bar
Nombor kelompok: 5322TD15
Tarikh luput: 31 Ogos 2026
Negara asal: Australia

Di bawah Akta Penjualan Makanan, makanan yang diketahui tidak selamat untuk dimakan tidak boleh dijual.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk terlibat supaya tidak memakannya.

“Mereka yang telah memakannya dan mempunyai kebimbangan terhadap kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

“Pengguna juga boleh menghubungi tempat pembelian masing-masing bagi sebarang pertanyaan.”
Sumber : CNA/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita