2 kedai didenda, diarah tutup kerana jual minuman keras selepas 10.30 malam
Dua kedai minuman masing-masing sudah dikenakan denda S$1,000 dan diarahkan supaya ditutup selama 10 hari kerana melanggar peraturan COVID-19. Kedua-dua kedai itu menjual minuman keras selepas pukul 10.30 malam.

(Gambar: SFA)
SINGAPURA: Dua kedai minuman masing-masing sudah dikenakan denda S$1,000 dan diarahkan supaya ditutup selama 10 hari kerana melanggar peraturan COVID-19. Kedua-dua kedai itu menjual minuman keras selepas pukul 10.30 malam.
Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (20 Jan), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Pasukan Polis Singapura menyatakan bahawa semasa Fasa 3, penjualan dan pengambilan minuman keras di semua kedai makanan dan minuman selepas pukul 10.30 malam adalah "dilarang" di bawah undang-undang baru tersebut.
Pada 7 Jan, para pegawai dari SFA dan pihak polis mendapati para pelanggan di kedai kopi Happy Hawkers di Block 632 Bukit Batok Central sedang minum minuman keras pada sekitar pukul 11.20 malam. Minuman itu dijual dan disediakan dari kedai minuman di kedai kopi itu.
Menyusuli satu lagi maklumat yang diberitahu seminggu kemudian, para pegawai mendapati para pelanggan Bistro 8 sedang minum minuman keras pada pukul 10.50 malam. Minuman itu juga dijual dan dihidangkan dari kedai di Block 31 Kelantan Lane.
"COVID-19 masih merupakan ancaman yang serius dan kami tidak boleh bersikap sambil lewa," menurut SFA dan pihak polis.
"Kami menggesa semua perniagaan dan orang awam untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dan terus mematuhi Langkah Pengurusan Selamat sedang kami menyambung semula aktiviti pada Fasa 3."
Di bawah Akta COVID-19 (Langkah Sementara) pesalah kali prtama akan dikenakan denda sehingga S$10,000, dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.
Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$20,000, dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.