2 karya seni didedahkan bagi peringati Dwiabad S'pura
Dua pemasangan seni bagi memperingati Dwiabad Singapura sudah didedahkan.
SINGAPURA: Dua pemasangan seni bagi memperingati Dwiabad Singapura sudah didedahkan.
Satu daripadanya memberi penghormatan kepada keunikan fabrik sosial dan perpaduan negara ini manakala satu lagi berupa pemasangan seni cetak 3D terbesar di Singapura.
Pameran Crossing Shores, oleh artis Speak Cryptic yang setinggi 4 meter itu didirikan di Pantai East Coast.
Karya itu bertemakan penghijrahan dan menceritakan kisah Singapura yang berbilang bangsa, seawal tibanya Stamford Raffles pada tahun 1819 dan ketibaan pendatang lain.
The Time Tree pula hasil imaginasi tentang kemungkinan rupa pokok yang berusia lebih daripada 200 tahun.
Hasil karya 3D terbesar di Singapura itu akan dipamerkan di Taman Fort Canning, sebelum ia berpindah ke Taman Tasik Jurong dan Raffles Place Square.
Pameran dua hasil seni itu berlangsung hingga suku pertama tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.