Skip to main content

Singapura

2 jurutera Korea didakwa ambil rasuah di S'pura

Dua jurutera Korea yang bekerja dengan syarikat Dongah Geological Engineering, Cawangan Singapura, didakwa atas tuduhan rasuah hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 jurutera Korea didakwa ambil rasuah di S'pura

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 02:25PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 02:26PM

SINGAPURA: Dua jurutera Korea yang bekerja dengan syarikat Dongah Geological Engineering, Cawangan Singapura, didakwa atas tuduhan rasuah hari ini (4 Feb).

Lee Dongchul, 38 tahun, seorang jurutera awam, didakwa dengan satu tuduhan mengambil sogokan bernilai S$3,000 daripada dua wakil Fasten Hardware and Engineering "sebagai ganjaran untuk memajukan kepentingan niaga" antara kedua-dua syarikat, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Lee ditawarkan wang oleh Sim Cher Kwang dan Andy Sia Chee Shang dari syarikat Fasten.

Lee Myungjae, seorang jurutera perancangan, didakwa dengan dua tuduhan menerima sogokan yang keseluruhannya bernilai S$4,000 dari Sim, wakil Fasten, dan Lee Cheng Wee dari Taka Hardware and Engineering (S). Sogokan itu juga diberikan sebagai ganjaran untuk mengutamakan kepentingan niaga antara Fasten dan Taka dengan Dongah, menurut CPIB.

Lee Dongchul akan kembali ke mahkamah pada 27 Mar, sementara Lee Myungjae merancang untuk mengaku bersalah pada 27 Feb.

Tiga individu dari Fasten dan Taka didakwa pada 7 Nov tahun lalu atas tuduhan rasuah dan kesalahan-kesalahan berkaitan.

"Singapura sama sekali tidak bertolak ansur terhadap rasuah," menurut CPIB.

"Syarikat-syarikat dan para kakitangan di Singapura harus melakukan perniagaan dengan cara yang adil dan telus, dan tidak memilih untuk mengambil atau menawarkan rasuah," tambahnya.

Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita