Skip to main content

Singapura

2 jangkitan dalam masyarakat antara 10 kes baru COVID-19 di S'pura

Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Khamis (25 Feb), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
2 jangkitan dalam masyarakat antara 10 kes baru COVID-19 di S'pura

Orang ramai memakai pelitup di Tanjong Katong Road. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 25 Feb 2021 03:55PM Dikemas Kini : 25 Feb 2021 03:57PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Khamis (25 Feb), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes baru itu melibatkan dua jangkitan dalam masyarakat dan lapan kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah.

Menurut MOH, tiada kes jangkitan baru dikesan di dormitori pekerja asing.

Butiran lanjut akan dikeluarkan malam ini, tambah kementerian itu.

Sehingga Khamis, Singapura melaporkan 59,900 kes COVID-19 dengan 29 kematian.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita