Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 inisiatif baru program kidsREAD dilancarkan

Bagi memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak, lagi dua inisiatif program kidsREAD anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dilancarkan hari ini (9 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2019 08:43PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 09:29PM

SINGAPURA: Bagi memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak, lagi dua inisiatif program kidsREAD anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dilancarkan hari ini (9 Nov).

Ini termasuklah sebuah program alumni serta risalah yang boleh dibawa pulang bagi menggalakkan keluarga untuk membaca di rumah.

Program alumni yang disasarkan kepada mereka yang berusia 9 tahun ke atas itu diharap dapat menarik lebih ramai anggota untuk menyertai program itu.

Antaranya, mereka berpeluang merancang program bacaan cuti sekolah untuk rakan-rakan sebaya.

Satu lagi inisiatif adalah buku dan poskad kidsREAD yang membolehkan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan membaca di rumah.

Perubahan lain termasuk semakan kepada kurikulumnya bagi menyokong kesediaan digital dalam persekitaraan yang kian berubah-ubah.

"Kami juga mengubah kurikulum kidsREAD untuk tumpukan kepada konsep pelajaran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik)," menurut Cik Nur Fitri Muhd Syafran, pustakawan yang mengendalikan Bahasa Melayu, Kandungan & Perkhidmatan Perpustakaan Awam.

"Kami juga bekerjasama dengan IMDA untuk menghasilkan sebuah permainan papan di mana ia akan mengajarkan kanak-kanak tentang konsep pemikiran pengkomputeran." 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan