2 inisiatif baru dilancarkan; tingkatkan kemahiran guru prasekolah
SINGAPURA: Para guru mengalu-alukan langkah terbaru untuk meningkatkan kemahiran golongan karyawan bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Rangka Kerja Pengembangan Kepimpinan yang baru diperkenalkan serta jaringan perkongsian antara rakan kerja berupaya menyediakan panduan yang diperlukan.
Seorang guru prasekolah, Cik Farah Mashhur Ali yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun, sudah bermohon menjadi anggota teras kumpulan "Masyarakat Pendidikan Awal Kanak-Kanak".
Ia merupakan satu inisiatif baru di mana para guru sedemikian sering bertemu untuk bertukar-tukar idea.
Usaha sebegini memberi manfaat kepada guru-guru muda seperti Nurlyana Azam, yang mengajar di Iyad Perdaus.
Selain menimba cara terbaik bagi menangani anak-anak didik beliau, Nurlyana juga ingin tahu mengenai tangga kerjaya beliau seterusnya.
Dengan itu, beliau boleh menggunakan "Rangka Kerja Pengembangan Kepimpinan" untuk membantu beliau.
Inisiatif terbaru itu membentangkan laluan kepimpinan yang ada di sektor prasekolah, kelayakan yang diperlukan serta kursus-kursus yang perlu diambil.
Bagi menjamin kejayaan program-program berkenaan, pusat-pusat prasekolah digalak memberi guru-guru mereka ruang waktu bagi mempertingkatkan kemahiran.
Namun yang lebih utama, para guru muda perlu bersikap terbuka bagi menggunakan peluang yang disediakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.