2 individu didakwa import lebih 12,000 Kpod; berdepan hukuman lebih berat termasuk sebat
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan bangunan Mahkamah Negara di Singapura.
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Dua orang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana didakwa mengimport lebih 12,000 Kpod ke Singapura.
Nurain Ismail, 24 tahun dan Muhammad Izzat Emer Mohd Hassan, 26 tahun, dituduh memasuki Singapura dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan sebuah kereta, bersama 12,273 pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate, menurut dokumen mahkamah.
Kpod ialah pod vape yang mengandungi etomidate, yang disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah pada September 2025.
Akta Kawalan Tembakau dan Vape dipinda pada bulan Mac untuk mencerminkan hukuman maksimum yang dijadikan lebih berat bagi memiliki, menggunakan, mengimport dan menjual vape di Singapura.
Secara keseluruhannya, undang-undang baharu ini menetapkan hukuman yang lebih tinggi bagi penyalahguna yang melakukan kesalahan yang melibatkan agen anestetik.
Mereka masing-masing berdepan hukuman penjara antara tiga tahun dan 20 tahun. Jika sabit kesalahan, Izzat juga boleh dijatuhi hukuman lima hingga 15 sebatan rotan, sebagai tambahan kepada hukuman penjara.
Rakyat Malaysia terbabit akan kembali ke mahkamah pada 26 Jun.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), lebih 26,000 alat pengewap dan komponen berkaitan dirampas di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura, dan 24 kes penyeludupan dibongkar pada suku pertama tahun 2026.
Denda yang lebih tinggi untuk pengguna vape, hukuman rotan untuk pembekal Kpod antara hukuman yang lebih berat akan berkuat kuasa mulai September
Kanak-kanak 11 tahun antara mereka yang didenda kerana vape semasa operasi HSA di Punggol

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.