2 individu diberkas di Sengkang atas kesalahan dadah, lakukan serangan
Dua individu diberkas selepas satu rakaman video dimuat naik online yang menunjukkan seorang lelaki dibelasah, menurut polis pada Rabu (7 Mei).

Petikan video yang menunjukkan dua orang lelaki menjalankan transaksi sebelum salah seorang daripada mereka menumbuk seorang lagi berulang kali. (Gambar: Pembaca CNA)
Polis dimaklumkan mengenai video itu di media sosial pada Selasa (6 Mei) sekitar pukul 1.20 tengah hari.
Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan menyerahkan beg plastik kepada lelaki lain dengan "kandungan tidak diketahui", menurut polis. Lelaki itu kemudian menyerahkan beg tersebut kepada seseorang yang merakam urus niaga itu.
Selepas transaksi itu selesai, lelaki tersebut menyerang lelaki berkenaan, menumbuknya berulang kali pada bahagian kepala sehingga menyebabkan mukanya berlumuran darah.
Para pegawai dari Divisyen Polis Central dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk mengenal pasti mangsa dan suspek.
Polis dan para pegawai pegawai CNB melakukan serbuan di Sengkang West Way dan memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja dan disyaki mengambil dadah.
Lelaki itu turut diberkas kerana memiliki senjata. Dua parang, satu kapak, kayu besbol, tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah lebih S$3,000, 14 alat vape dan lebih 450 komponennya turut dirampas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja yang berbuat demikian dan akan menangani mereka mengikut undang-undang."
SPF turut mengingatkan orang ramai bahawa ia adalah satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan penjualan alat vape dan komponennya.
Sesiapa sahaja yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama.
Hukuman maksimum akan digandakan bagi kesalahan kedua atau seterusnya.
Semua barangan tembakau terlarang juga akan disita dan dirampas, kata polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.