Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 hotel Resorts World Sentosa diarah gantung tempahan selama sebulan

Dua hotel Resorts World Sentosa iaitu Beach Villas dan Equarius Hotel, diarah supaya berhenti mengambil tempahan baru selama sebulan kerana gagal mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19. Demikian menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
2 hotel Resorts World Sentosa diarah gantung tempahan selama sebulan

Beach Villas (kiri) dan Equarius Hotel (kanan) di Resorts World Sentosa. (Gambar: Facebook/RWS Beach Villas, Google Maps)

Diterbitkan : 21 Dec 2020 11:10PM Dikemas Kini : 21 Dec 2020 11:11PM

SINGAPURA: Dua hotel Resorts World Sentosa iaitu Beach Villas dan Equarius Hotel, diarah supaya berhenti mengambil tempahan baru selama sebulan kerana gagal mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19. Demikian menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin (21 Dis).

Penggantungan itu bermula Selasa (22 Dis) dan berakhir pada 21 Jan 2021, dengan hotel-hotel itu dibenarkan menerima tempahan pada keesokan hari.

"Kedua-dua hotel itu dilarang menerima tempahan baru sepanjang tempoh penggantungan. Namun, hotel-hotel itu dibenarkan untuk memenuhi tempahan sedia ada," menurut STB dalam satu kenyataan media.

Siasatan oleh pegawai penguatkuasaan STB mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 individu berkumpul di sebuah villa dua tingkat di Beach Villas pada 10 Okt. Hanya empat yang berdaftar sebagai tetamu di hotel berkenaan.

STB juga mendapati bahawa Hotel Equarius gagal menghalang satu perhimpunan seramai 16 orang di sebuah bilik tamu pada 17 Nov. Bilik tetamu itu ditempah di bawah nama tiga individu dalam kumpulan itu.

Hotel itu juga gagal memastikan daftar masuk SafeEntry dan pengimbasan suhu badan dilakukan bagi para individu yang terbabit.

Siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap kedua-dua hotel dan para individu yang terbabit dan tindakan penguatkuasaan mungkin diambil, menurut STB.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan