Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 grandstand baru F1 diperkenalkan bagi tangani kesan kerja binaan di Pentas Terapung Marina Bay

Anggaran Waktu Membaca:
2 grandstand baru F1 diperkenalkan bagi tangani kesan kerja binaan di Pentas Terapung Marina Bay

(Gambar: Today/Ooi Boon Keong)

SINGAPURA: Para penonton perlumbaan Formula One (F1) tahun ini yang dijadual berlangsung pada September boleh menyaksikan aksi perlumbaan itu dari dua grandstand baru.

Ia akan ditempatkan bertentangan dengan Singapore Flyer dan di bawah Jambatan Benjamin Sheares.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Isnin (17 Apr), penganjur acara tersebut, Singapore GP menyatakan bahawa kawasan tempat duduk yang baru itu akan "mengurangkan kesan pengurangan kapasiti" yang akan disebabkan oleh penutupan Bay Grandstand di pentas terapung Marina Bay.

Sheares Grandstand yang baru itu akan ditempatkan di selekoh pertama litar perlumbaan di bawah Jambatan Benjamin Sheares, manakala Promenade Grandstand pula akan ditempatkan di penghujung litar tersebut.

Harga tiket bagi Sheares Grandstand akan dijual pada harga yang bermula dari S$1,188 dan akan ia membolehkan pemegang tiket untuk mengakses semua zon di litar perlumbaan itu, dedah pihak penganjur.

Tempat duduk di grandstand sedia ada yang terletak di pintu masuk Bangunan Pit F1 juga akan dikenakan harga yang serupa.

Selain itu, pilihan tiket lain seperti tiket sepanjang hari dan tiket 'premier walkabout', akan dijual pada harga yang bermula dari S$128 dan ia juga akan dijual pada Isnin.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan