2 geran baru diumumkan untuk biayai projek antara penerbit kandungan S'pura dengan bakat serantau
Dalam usaha merancakkan lagi sektor media negara Singapura, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkan satu siri inisiatif hari ini (5 Dis) di Forum Televisyen Asia dan ScreenSingapore.
SINGAPURA: Dalam usaha merancakkan lagi sektor media negara Singapura, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkan satu siri inisiatif hari ini (5 Dis) di Forum Televisyen Asia dan ScreenSingapore.
Inisiatif itu bertujuan menambahkan kerjasama antara para penerbit kandungan tempatan dengan bakat-bakat media asing.
Dua geran baru diumumkan untuk membiayai projek antara penerbit kandungan Singapura dengan bakat-bakat media serantau atau global.
Geran-geran itu ialah Geran Penerbitan Bersama Asia Tenggara dan Dana Kerjasama Digital Media Perkhidmatan Awam.
Sementara itu, para penerbit kandungan tempatan akan mempelajari bagaimana untuk membangunkan perniagaan mereka di makmal "Singapore Creator Facebook" iaitu yang pertama seumpamanya di rantau ini.
Mereka juga berpeluang belajar dari para eksekutif Disney melalui usulan kerjasama dua tahun antara Disney dengan IMDA.
Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata kerjasama yang kukuh sebegini penting bagi memanfaatkan peluang yang ada.
Beliau juga melahirkan harapan agar kerjasama sektor swasta dengan para pemain industri dapat mengembangkan bakat dan meningkatkan kemampuan perusahaan-perusahaan di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.