Skip to main content

Singapura

2 firma dari Asia, antara lima pemenang Anugerah Earthshot, inisiatif iklim Putera William

Anggaran Waktu Membaca:
2 firma dari Asia, antara lima pemenang Anugerah Earthshot, inisiatif iklim Putera William

Putera William bergambar bersama para pemenang Anugerah Earthshot pada 7 Nov 2023. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 07 Nov 2023 10:35PM Dikemas Kini : 07 Nov 2023 10:39PM
SINGAPURA: Dua firma dari Asia adalah antara lima pemenang yang diumumkan di Majlis Anugerah Earthshot, yang berlangsung di Singapura pada Selasa (7 Nov).

Ini termasuk sebuah syarikat pemula di Hong Kong GRST (Green, Renewable, Sustainable Technology), yang membangunkan huraian lebih selamat dan murah dalam menghasilkan dan mengitar semula bateri litium-ion untuk kereta elektrik; dan S4S Technologies India, yang menangani isu pembaziran makanan melalui pemprosesan berkuasa suria. Ia membolehkan petani memelihara tanaman dan mengubah hasil, yang mungkin dijadikan sisa, menjadi produk berharga.

Daripada 15 finalis, lima pemenang itu dipilih untuk menerima sekitar AS$1.2 juta (S$1.6 juta) bagi menjayakan huraian mereka.

Anugerah Earthshot, yang diasaskan oleh 2020 oleh Putera William, bertujuan mencungkil huraian inovasi untuk menangani cabaran-cabaran iklim dan alam sekitar yang semakin mendesak.

Putera William merupakan antara panel juri anugerah itu.

Singapura menjadi tuan rumah acara tahunan ini yang diadakan di rantau Asia buat julung-julung kalinya.

PEMENANG LAIN

Tiga pemenang lain yang diumumkan pada Selasa termasuk: Acción Andina,inisiatif dari Amerika Selatan yang berusaha untuk melindungi ekosistem hutan asli Andes; Program WildAid Marine, sebuah pertubuhan global bukan meraih untung yang bertujuan untuk menamatkan penangkapan hidupan laut secara haram dan mengukuhkan pemuliharaan lautan; dan Boomitra, sebuah syarikat global yang menggelar dirinya sebagai pasaran karbon tanah yang memberi ganjaran kepada petani bagi amalan pengurusan tanah yang mampan.

Selain pemenang-pemenang tersebut, kesemua 15 finalis juga akan menerima bimbingan, sumber dan sokongan teknikal daripada Program Zamil Earthshot, sepanjang setahun yang bertujuan untuk merancakkan inisiatif huraian mereka.
Related article image
Putera William berucap kepada para pemenang Anugerah Earthshot pada 7 Nov 2023. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
Related article image
Putera William bercakap kepada Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu dan Cik Ho Ching pada 7 Nov 2023. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita