2 F&B milik Muslim di Kampong Gelam umum tutup kedai
Anggaran Waktu Membaca:
Fluff Bakery dan Mamak's muat naik catatan di media sosial tentang penutupan perniagaannya. (Gambar: Instagram)
SINGAPURA: Dua perusahaan Melayu/Islam tempatan di sekitar kawasan Kampong Gelam, Fluff Bakery dan MAMAK'S Nasi Kandar umum penutupan perniagaan masing-masing.
Menerusi catatannya di Instagram pada Sabtu (15 Ogos), Fluff Bakery menyatakan bahawa kedainya di 795 North Bridge Road akan melabuhkan tirai selepas 12 tahun pada sekitar pertengahan hingga hujung September.
Awal dari itu, Mamak's Nasi Kandar juga mengumumkan penutupan restorannya pada 9 Ogos menerusi catatan media sosialnya.
FLUFF BAKERY

Diasas pada 2013 oleh pemiliknya, Nursyazanna Syaira Mohammad Suhimi, Fluff Bakery dikenali dengan kek cawan yang 'laris bak pisang goreng panas'.
Malah cawangan pertamanya di Jalan Pisang sering tutup lebih awal dari waktu operasi pada waktu itu dek habis diborong pelanggan.
Beberapa tahun kemudian, perniagaannya terus berkembang maju sehingga Fluff Bakery berpindah ke 795 North Bridge Road dan menawarkan lebih daripada sekadar kek cawan.
Cik Syaira meluaskan perniagaannya, dengan menyajikan pelbagai jenis hidangan roti, biskut dan pencuci mulut.
Namun tiada sesiapa pun yang menyangka kegemilangan itu bakal sampai ke penghujungnya tahun ini apabila Fluff Bakery mengumumkan penutupannya menjelang hujung bulan depan.

"Fluff Bakery akan ditutup. Selama-lamanya. Ia sukar bagi kami sejak beberapa tahun ini dan kami tidak mampu bertahan lagi.
"Kisah kami sangat mendalam tetapi ada perkara yang lebih baik dipendam sahaja," menurut Fluff Bakery di Instagram.
"Sudah hampir 12 tahun kami lalui pahit manis mengendalikan kedai ini dan kami amat sedih kerana terpaksa tutup kedai kami selama-lamanya," tambahnya.
MASIH ADA TUNGGAKAN BAYARAN
Menurut catatan itu lagi, Fluff Bakery masih ada tunggakan sewa, pembekal serta gaji pekerja.
"Kami masih ada gaji pekerja, pembekal dan sewa untuk bayar dan kami berharap agar anda semua boleh datang dan sokong kami di kedai dan menerusi tempahan online," tulisnya lagi.
MAMAK'S NASI KANDAR TUTUP KEDAI

Mamak’s Nasi Kandar pula secara rasmi menghentikan operasi pada 9 Ogos lalu.
Dalam pengumuman di media sosial pada Hari Kebangsaan, pengendali perniagaan itu mengajak para pelanggan untuk menikmati hidangan 'All You Can Eat Nasi Kandar' pada harga S$13.90 sebelum ia menutup pintunya buat selama-selamanya.
“Dengan berat hati, kami ucapkan selamat tinggal. Mamak’s Nasi Kandar akan ditutup buat selama-lamanya.”

Turut menyentuh tentang isu kewangan, Mamak's juga menukil kos sewa yang semakin tinggi sebagai punca penutupannya.
"Kos sewa yang tinggi membuatkannya sukar untuk kami teruskan (operasi), namun setiap detik bersama anda sangat bermakna sekali."
Mamak’s Nasi Kandar dibuka di 41 Arab Street sekitar setahun lalu.
Restoran ini membawa konsep nasi kandar ala Pulau Pinang ke Singapura, lengkap dengan kuah 'banjir'.
Mamak's sering tampil di media sosial dengan menu khas seperti ayam goreng berempah, sotong kari, telur ikan dan kari kepala ikan.
Rata-rata, komen daripada para pelanggan kedua-dua perusahaan luahkan rasa kecewa dan sedih atas pengumuman tersebut.
Salah seorang daripada pelanggan Fluff Bakery, Nur Asyikin Naser, menulis dalam satu catatan Instagram Story bahawa beliau akan merindui zaman beliau beratur di Jalan Pisang semata-mata untuk diberitahu bahawa stok sudah habis.

Beliau juga terkenang kegembiraan yang dirasai apabila akhirnya dapat merasai kek cawan 'Sea Salt Cookies Fluff Bakery' buat kali pertama.
BERITAMediacorp sedang berusaha menghubungi pemilik kedua-dua perusahaan tersebut untuk mendapatkan komen mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.