2 ditemui maut di flat HDB Punggol; kes disiasat sebagai kematian luar biasa
Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa selepas dua warga emas ditemui maut di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Punggol.
Anggaran Waktu Membaca:
- Dua warga emas, seorang lelaki dan seorang wanita, ditemui maut di sebuah flat HDB di Punggol, Singapura.
- Polis dimaklumkan mengenai kejadian pada pagi Jumaat, 27 Februari, dan pegawai menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan terbujur kaku.
- Paramedik SCDF mengesahkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian, dan siasatan awal menunjukkan kedua-duanya saling mengenali.
- Kes diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian.
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa selepas dua warga emas ditemui maut di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Punggol.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes di Blok 408B Northshore Drive sekitar pukul 6.25 pagi pada Jumaat (27 Feb).
“Setibanya di lokasi, para pegawai menemui seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan terbujur kaku di dalam sebuah unit kediaman,” menurut pihak polis.
Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Siasatan awal mendapati lelaki berusia 71 tahun dan wanita berusia 66 tahun itu saling mengenali satu sama lain, menurut polis.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan siasatan polis sedang dijalankan,” tambahnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.