Skip to main content

Singapura

2 ditangkap jual barangan tiruan bernilai lebih S$100,000 secara online

Seorang lelaki 27 tahun dan wanita berusia 26 tahun ditangkap kelmarin (8 Mac) kerana disyaki menjual barangan tiruan di platform-platform online.

Anggaran Waktu Membaca:
2 ditangkap jual barangan tiruan bernilai lebih S$100,000 secara online

Gambar fail gari polis. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2018 08:29AM Dikemas Kini : 10 Mar 2018 08:30AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 27 tahun dan wanita berusia 26 tahun ditangkap kelmarin (8 Mac) kerana disyaki menjual barangan tiruan di platform-platform online.

Polis menyatakan kedua-dua suspek ditangkap semasa para pegawainya menjalankan operasi selama 12 jam di Gambas Crescent dan Taman Perusahaan Woodlands.

Sejumlah 4,704 barangan yang menggunakan tanda hak cipta palsu dirampas. Antaranya termasuk beg jenama mewah, dompet, topi dan tikar.

Menurut polis dalam kenyataan medianya, barangan tiruan yang dirampas mempunyai nilai pasaran sebanyak S$102,000.

Siasatan menunjukkan kedua-dua suspek itu menggunakan platform e-dagang untuk menempah barang-barang dari luar negara sebelum menjual semula barangan tersebut di Singapura melalui platform online lain.

Mereka yang didapati bersalah kerana menjual atau mengedar barangan dengan tanda hak cipta palsu boleh didenda sehingga S$100,000 dan/atau dipenjara sehingga lima tahun.

Polis menasihati orang ramai supaya berhati-berhati ketika membuat pembelian barangan yang dijual online. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita