Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 didakwa atas tuduhan jual saham palsu pengedar kereta mewah

Seorang lelaki dan brokernya didakwa pada Isnin (25 Nov) atas tuduhan menaikkan nilai saham pengedar kereta mewah di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
2 didakwa atas tuduhan jual saham palsu pengedar kereta mewah

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 26 Nov 2024 01:48PM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 02:01PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dan brokernya didakwa pada Isnin (25 Nov) atas tuduhan menaikkan nilai saham pengedar kereta mewah di Singapura.

Wong Chow Lin @ Benjamin Wong, 61 tahun, dikenakan satu tuduhan perdagangan palsu di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Wakil dagangannya, Gillian Isabel Siow Siang Sok, 46 tahun, didakwa membantunya dalam perdagangan palsu.

Wong didakwa berdagang saham Eurosports Global untuk menaikkan harga sahamnya sepanjang tempoh 77 hari antara 24 Feb 2017 dan 12 Jan 2018, menurut polis pada Selasa (26 Nov).

Ini mewujudkan "penampilan yang mengelirukan berkenaan dengan harga saham Eurosports sepanjang tempoh itu", tambah polis.

Menurut kertas pertuduhan, dia membeli saham Eurosports Global melalui dua akaun dagangan dengan CIMB Securities (Singapura).

Kertas pertuduhan menunjukkan bahawa harga saham Eurosports Global sepanjang tempoh 77 hari itu ditutup antara 0.5 sen dan 4 sen lebih tinggi daripada harga biasa, jika bukan kerana campur tangan Wong.

Siow dituduh membantu Wong menempah dan menjalankan perdagangan sekuriti Global Eurosports menggunakan dua akaun dagangan itu.

Menurut laman webnya, Eurosports Global ialah pengedar sah tunggal di Singapura bagi kenderaan Lamborghini dan pengedar eksklusif kereta Touring Superleggera.

Jika sabit kesalahan, Wong dan Siow masing-masing boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$250,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan