Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 diberkas susuli pergaduhan di kedai kopi Jurong

Anggaran Waktu Membaca:
2 diberkas susuli pergaduhan di kedai kopi Jurong

(Gambar: SG Kaypoh人!/Facebook)

Diterbitkan : 12 Sep 2022 02:42PM Dikemas Kini : 12 Sep 2022 02:42PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dan wanita diberkas selepas pergaduhan tercetus di sebuah kedai kopi di Jurong pada Jumaat malam (9 Sep).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes pergaduhan yang dipercayai berlaku di 101 Yuan Sheng Road. Ini merupakan alamat Rumah Makan Taman Jurong.

Seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 45 tahun diberkas atas kesalahan merusuh, menurut polis. Lelaki berkenaan juga ditangkap bagi kesalahan mencabul kehormatan.

Lelaki itu dibawa ke Hospital Ng Teng Fong, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Rakaman video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lelaki yang berpakaian merah sedang bergaduh dengan wanita yang berkemeja-T merah jambu sebelum ia cuba dileraikan oleh lelaki yang berpakaian kemeja-T berwarna hitam. Lelaki berpakaian merah itu kemudian menunjukkan jari ke arah lelaki tersebut.

Video tersebut juga menunjukkan seorang wanita lain yang berpakaian putih, cuba meleraikan pergaduhan di antara lelaki dengan wanita berkenaan. Namun, beliau dipukul pada bahagian muka oleh lelaki tersebut, yang mukanya sedang berdarah.

Siasatan polis masih dijalankan.
 
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa