2 diberkas sembunyi rokok tidak dibayar cukai dalam tangki minyak, pembesar suara
Dua rakyat Malaysia diberkas pada Rabu (23 Jan) kerana didapati cuba menyeludup rokok-rokok yang tidak dibayar cukai ketika melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Rokok-rokok kontraband ditemui di dalam kompartmen pembesar suara di dalam but sebuah kereta. (Gambar: ICA)
SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia diberkas pada Rabu (23 Jan) kerana didapati cuba menyeludup rokok-rokok yang tidak dibayar cukai ketika melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan bahawa dua kes berasingan itu melibatkan para suspek yang menyembunyikan rokok-rokok tersebut di dalam kereta masing-masing yang didaftar di Malaysia.
Menurut ICA, para pegawainya "mengesan keganjilan" di ruang bawah kereta pertama yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun. Selepas menjalankan pemeriksaan, para pegawai menjumpai 460 paket rokok yang disembuyikan di dalam tangki minyak kenderaan itu yang diubahsuai.
Kereta kedua pula dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun. Sebanyak 30 karton rokok dijumpai di dalam kompartmen pembesar suara di dalam but kenderaan tersebut.
Kedua-dua kes sudah dirujuk kepada Kastam Singapura dan siasatan sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.