Skip to main content

Singapura

2 diberkas kerana bergaduh di stesen MRT Dhoby Ghaut

Dua lelaki diberkas kerana bergaduh di stesen MRT Dhoby Ghaut, menurut polis hari ini (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
2 diberkas kerana bergaduh di stesen MRT Dhoby Ghaut

Petikan gambar daripada video pergaduhan yang menular di media sosial.

Diterbitkan : 04 Sep 2018 02:20PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 02:25PM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana bergaduh di stesen MRT Dhoby Ghaut, menurut polis hari ini (4 Sep).

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di 13 Orchard Road itu pada pukul 10.00 malam pada Ahad (2 Sep), sambil menambah bahawa dua lelaki yang berusia 36 dan 20 tahun diberkas kerana terlibat dalam kes berkelahi.

Siasatan sedang dijalankan, menurut polis.

Video pergaduhan itu kini tular di media sosial.

Rakaman video itu menunjukkan dua lelaki saling melepaskan tumbukan antara satu sama lain di platform stesen Laluan Timur-Laut, disaksikan oleh seorang wanita dan seorang budak lelaki yang berada di sana ketika itu. Dua kakitangan SBS Transit dan seorang penumpang juga dilihat cuba menghentikan pergaduhan tersebut.

Terdengar juga permintaan individu supaya menghubungi pihak polis. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita