Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 diberkas; disyaki curi bateri dari bilik perkakas kolong HDB

Polis memberkas dua lelaki kerana disyaki mencuri bateri-bateri dari bilik perkakas telekom yang ditempatkan di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).  

Anggaran Waktu Membaca:
2 diberkas; disyaki curi bateri dari bilik perkakas kolong HDB

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 03 Mar 2020 10:31AM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 10:35AM

SINGAPURA: Polis memberkas dua lelaki kerana disyaki mencuri bateri-bateri dari bilik perkakas telekom yang ditempatkan di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Isnin (2 Mac), polis menyatakan bahawa pihaknya menerima empat aduan mengenai bateri yang hilang dari pelbagai estet perumahan HDB pada Januari dan Februari lalu.

Secara keseluruhannya, insiden itu menjejas 110 lokasi.

Kedua-dua suspek, yang masing-masing berusia 31 tahun dan 45 tahun, diberkas di Mandai Estate dan Fajar Road pada Isnin (2 Mac).

Lelaki berusia 31 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (3 Mac). Jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

"Siasatan terhadap seorang lagi lelaki masih diteruskan," menurut pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan