Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dibawa ke NUH setelah kereta rempuh Kelab Masyarakat Ulu Pandan

Seorang pemandu dan penumpangnya dibawa ke hospital setelah kereta mereka merempuh Kelab Masyarakat Ulu Pandan pada petang Jumaat (22 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
2 dibawa ke NUH setelah kereta rempuh Kelab Masyarakat Ulu Pandan

(Gambar: Pembaca Mediacorp Fauzul Hakim)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 12:30PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 12:32PM

SINGAPURA: Seorang pemandu dan penumpangnya dibawa ke hospital setelah kereta mereka merempuh Kelab Masyarakat Ulu Pandan pada petang Jumaat (22 Okt).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian di 170 Ghim Moh Road pada sekitar pukul 6.40 petang itu pada Jumaat. Pemandu yang berusia 70 tahun dan penumpang wanita yang berusia 66 tahun berada dalam keadaan sedar semasa mereka dibawa ke hospital, menurut polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa mereka dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Siasatan polis masih dijalankan.

Encik Fauzul Hakim, yang bekerja di bangunan itu, berkata bahawa beliau melihat kaca pecah di sebelah kanan pintu masuk.

"Ia kelihatan seolah-olah kenderaan itu merempuh bahagian lobi melalui kaca itu lalu melanggar kerusi dan meja apabila ia terbabas," katanya kepada Mediacorp.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan