Skip to main content

Singapura

2 dibawa ke hospital susuli nahas PIE; pemandu lori diberkas

Seorang pemandu lori diberkas dan dua orang termasuk seorang pegawai polis trafik dibawa ke hospital menyusuli kemalangan yang berlaku di Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) pada Rabu (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 dibawa ke hospital susuli nahas PIE; pemandu lori diberkas

(Gambar: Gabriel Soh)

Diterbitkan : 03 Feb 2021 06:44PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 06:46PM

SINGAPURA: Seorang pemandu lori diberkas dan dua orang termasuk seorang pegawai polis trafik dibawa ke hospital menyusuli kemalangan yang berlaku di Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) pada Rabu (3 Feb).

Pada kira-kira pukul 11.30 pagi, seorang pegawai polis trafik menahan sebuah lori untuk menjalankan pemeriksaan di bahagian tanda sevron antara jalan susur dari Bedok North Avenue 3 dan PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Lokasi itu terletak sebelum jalan susur keluar Tampines Avenue 5 di PIE.

Pegawai itu sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu lori itu di hadapan kenderaannya apabila sebuah lori merempuh bahagian belakang lori yang pertama, menyebabkan lori itu bergerak ke hadapan lalu melanggar kedua-dua lelaki berkenaan, menurut SPF.

Pemandu lori pertama yang berusia 68 tahun dan seorang pegawai polis trafik berusia 34 tahun dibawa ke hospital.

Seorang lelaki berusia 30 tahun yang sedang memandu lori kedua itu ditangkap kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Rakaman video kemalangan yang tular menunjukkan kedua-dua lelaki mengalami kecederaan dan terbaring di atas jalan raya sambil dibantu oleh orang ramai.

Sebuah lori milik SM Laundry kelihatan berada di bahagian tepi jalan raya, dengan kerosakan pada bahagian kanannya. Sebuah motosikal berwarna hitam juga kelihatan berada di jalan raya berhampiran lori berkenaan.

Polis masih menyiasat kemalangan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita