Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dibawa ke hospital susuli nahas 3 kereta, teksi di Punggol East Road

Dua orang dibawa ke hospital menyusuli kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kereta dan sebuah teksi di Punggol East Road pada Ahad malam (2 Ogos), menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Anggaran Waktu Membaca:
2 dibawa ke hospital susuli nahas 3 kereta, teksi di Punggol East Road

(Gambar ihsan: William)

Diterbitkan : 03 Aug 2020 09:37AM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 09:44AM

SINGAPURA: Dua orang dibawa ke hospital menyusuli kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kereta dan sebuah teksi di Punggol East Road pada Ahad malam (2 Ogos), menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Menurut polis, ia dimaklumkan tentang kemalangan yang berlaku sekitar 7.40 malam melibatkan empat kenderaan di Punggol East menuju Punggol Drive.

Seorang pemandu lelaki berusia 64 tahun dibawa ke Hospital Besar Sengkang dalam keadaan sedar, manakala seorang penumpang wanita 33 tahun dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, juga dalam keadaan sedar, menurut polis.

Video kemalangan itu menunjukkan sebuah kenderaan berwarna hitam terbalik di tengah jalan raya.

Beberapa kenderaan respons kecemasan juga berada di tempat kejadian.

Siasatan polis sedang diteruskan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan