Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dibawa ke hospital susuli kemalangan di Jurong West

Seorang pemandu berusia 31 tahun dan penumpang wanita berusia 26 tahun dibawa ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jurong West Street 51 pada Rabu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
2 dibawa ke hospital susuli kemalangan di Jurong West

Kemalangan di Jurong West pada 28 Ogos (Gambar: Pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 06:42PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 06:46PM

SINGAPURA: Seorang pemandu berusia 31 tahun dan penumpang wanita berusia 26 tahun dibawa ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jurong West Street 51 pada Rabu (28 Ogos).

Kedua-duanya dalam keadaan sedar semasa dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Seorang lagi individu mengalami cedera ringan namun enggan dibawa ke hospital.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan sebuah lori trailer dan dua buah kereta di Jurong West Street 51 yang menghala ke Yuan Ching Road pada 12.21 tengah hari.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia berjaya menyelamatkan dua orang yang terperangkap di dalam salah sebuah kereta yang terlibat dalam nahas tersebut.

Gambar-gambar yang dihantar oleh seorang pembaca Mediacorp menunjukkan sebuah kereta berwarna kelabu merempuh pembahagi jalan lalu melanggar sebuah kereta hitam di lorong bertentangan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Laporan ini berdasarkan maklumat seorang pembaca. Jika anda ingin mengirimkan gambar atau video untuk dijadikan bahan berita, hantarkan melalui WhatsApp ke hotline kami di +658563 0480 atau menerusi Facebook.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan