Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dibawa ke hospital ekoran nahas libat 3 kenderaan di Tampines; pemandu bas mini bantu siasatan polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua orang dibawa ke hospital berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal, sebuah kereta dan sebuah bas mini di persimpangan trafik di Tampines pada Selasa (28 Feb).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai nahas di persimpangan Tampines Avenue 10 dan Tampines Road pada 4.10 petang.

Seorang penunggang motosikal lelaki yang berusia 46 tahun dan seorang penumpang kereta wanita yang berusia 47 tahun dibawa ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedarkan diri, tambah polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"Seorang pemandu bas mini yang berusia 68 tahun sedang membantu dalam siasatan. Siasatan polis masih dijalankan," jelas polis.

Rakaman kamera dalam kenderaan atau dashcam, yang tersebar di media sosial menunjukkan keadaan selepas nahas tersebut, di mana ia menunjukkan sebuah kenderaan Mazda berwarna merah dengan bonetnya musnah dan bahagian belakang kenderaan itu berlanggar dengan bas dua tingkat.

Sebuah motosikal kelihatan ditengah persimpangan itu dengan beberapa serpihan, di samping sebuah bas mini berwarna putih, sebuah ambulans dan kakitangan yang kelihatan seperti anggota paramedik.

Permukaan jalan raya ketika itu turut kelihatan basah.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan